04 September 2011

di suatu malam di bulan ramadhan...

jam 4.30 pagi tanggal 4 ogos 2011... telefon berdering tanda sudah tiba masanya untuk bersahur...
 lantas menuju ke toilet.. teringat test strip yang dibeli semalam di farmasi. sengaja ingin mencuba. almaklum..benda baru.. pastila mahu dicuba.. 2 garisan.. hah??

"abang, bangun sahur.." ujar si isteri.. "emm.. ok2.." balas suami sambil duduk dr pembaringan.. " abg, syg pregnant.." si isteri bersuara perlahan.. " hah?" mata suami terkebil2.. lantas bangun berdiri tegak. "syg jangan main-main. ni benda serius" balas suami tidak percaya.. " betul.. syg tak main2. tgk ni" ujar si isteri sambil penghulurkan test strips. benar dua garisan. kedua2nya tergamam.. diam seketika.. tidak pasti apa mahu dibuat.. lantas terus turun bersahur..

5 ogos... isteri masih tidak percaya..ketika waktu rehat, si isteri menuju ke farmasi.. membeli alat ujian yang lebih mahal. 99.9% tepat katanya pada kotak.. dengan jawapan digital. di pejabat, isteri mencuba. kali ini jelas "pregnancy 3+".. dan dia lebih yakin...

malam itu, si isteri mengambil suaminya di hospital dan singgah sebentar di jabatan OnG utk scan. mujur kwn suami bertugas malam itu, scan dijalankan. jelas, si isteri pregnant 6 minggu.. terkejut? pasti.. tak terjangka.. terlalu cepat.. sebelum ini si suami dan isteri tinggal berjauhan dan baru sahaja mendirikan rumah tangga.. keadaan ekonomi juga tidak stabil.. namun, berbekalkan janji Allah.. setiap anak itu membawa rezeki, mereka bersyukur.. semoga anak ini bakal menjadi anak yang soleh pada agama, sihat, cerdik dan menjadi ketua org2 mukmin suatu ari nanti.. aminnn...

the man that I love after Allah n Rasul..

DIA...
ALLAH TAKDIRKAN UNTUK MENIKAHI SAYA PADA 28 MAY 2011
DIA...
ALLAH TAKDIRKAN UNTUK MENJADI IMAM DAN PEMBIMBING SAYA
DIA...
ALLAH TAKDIRKAN UNTUK MENJADI PENEMAN HIDUP SAYA INSYAALLAH FIL DUNIA WAL AKHIRAT
DIA...
ADALAH SUAMI SAYA

THANK YOU ALLAH.. ALHAMDULILLAH..

pada tanggal 28 may 2011 di gombak jam 10 pagi, saya sah menjadi isteri seorang lelaki yang bernama suami.. saya tak mengenali dia.. dia tidak mengenali saya.. tiada istilah dating mahupun keluar bersama.. tiada istilah bercinta, bermesra bersayang-sayang..
 
menyoroti perkenalan kami.. hanya biasa-biasa sahaja.. dia datang ke rumah bersama ibu dan ayahnya untuk melihat saya. dan kedua ibu bapa kami merestui.. kemudian kami bertunang sebulan selepas itu dan kemudian berkahwin.. saya masih ingat lagi.. saya bersama ibu bapa datang ke rumahnya untuk menziarahi dan untuk menetapkan kembali tarikh pernikahan.. kerana saya rasakan terlalu cepat.. tetapi apa yang jadi? tarikh menjadi semakin cepat.. kuasa Tuhan.. mungkin sudah jodoh.. dan berkahwinlah kami...
alhamdulillah.. semoga kebahagiaan ini terus kekal.. aminnn...

dan kini saya dan dia sedang dalam proses pengenalan.. cinta selepas nikah. itulah yang kami inginkan.. saya bertuah.. kerana memiliki suami seperti dia.. semoga dia juga merasakan yang sama.. dia mungkin tidak tahu kewujudan blog saya ini.. saya ingin mencatatkan semua ini sebagai kenangan.. yang tak mungkin dilupakan..semakin banyak pengorbanan dia pada saya, semakin bertambah rasa itu.. :) uhibbunakum kahubbillah.. wallazhi naamanu asyaddu hubbanlillah..

Kembali...

YES, I'M BACK!

dah lama tak update blog.. da setahun.. many changes happen in my life. dulu a year back.. sy single.. sekarang guess whut? dah kawin.. alhamdulillah... rahsia dan perancangan Allah tak siapa yang tahu.. xsemestinya perlu bercinta atau berkenalan bertahun2 untuk mendirikan rumah tangga. kadang-kadang jodoh tu hadir tanpa kita rancang atau sedari..

today is the 5th day of aidilfitri for 2011. saya berada di rumah. esok akan kembali bertugas di negeri orang.. adoi... rasa malas nak start keje. dengan keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan, terasa amat terbatas sekali kerja yang boleh dibuat masa ini.. risau jugak..kang tengah2 buat kes termuntah..bukan leh kawal benda2 mcm ni... semoga Allah terus bagi kekuatan n kesihatan yang baik.. amin...