30 September 2010

Kasut Baru! yay...

cantik tak??


pandangan tepi sandal saya

yup.. saya dah beli kasut baru. kali ni saya beli ala2 sport pulak. harap2 tahanla kasut baru ni. amin... dia la kasut, dia lah sandal yang akan menemani saya berjalan setiap hari mendatang. kecuali time pergi court. kenalah pakai kasut itam bertumit tu kan. kang x properly dressed la pulak kalau tak pakai kasut maunya tak leh masuk court kan..huhu..
tapak getah macam kasut sukan







kasut ni actually ala-ala sport. nak kata sandal pon ada. ala.. macam gabungan tulah kan.. cute sebab kaler dia putih.. huhu.. tapi mungkin cepat kotor.. tak kisahlah. yang penting, sangat sedap pakai sebab tapak dia cam kasut sukan. getah tu, selesa sangat.. beli dekat alamanda putrajaya. memang bestla pakai. sape nak try, boleh gi alamanda putrajaya ye...

bila dipakai oleh saya

apa yang dapat saya katakan disini, saya suke sandal baru saya. setakat ni lah.. sekarang lalu kedai kasut, perasaan nak window shopping or singgah tengok2 pon xde. sebab saya dah jumpa apa yang saya nak. alhamdulillah... Harap2 kasut putih ni xdelah cepat kotor. kena jaga leklok..


saya sayang kasut ni..

29 September 2010

pakai inai di jari

saya di opis. bwk laptop sendiri sbb comp and tepon lum disediakan


inai merah tp mcm oren je
saya memang suka inai.. dari kecik lagi saya memang minat pakai inai di jari saya. saya suka tengok  jari saya kaler merah. tapi saya tak suke pakai Qteks. sebab nanti tak sah solat sebab air tak dapat lalu bila ambil wudhuk. pakai inai di jari tak bermaksud sudah bertunang. jauh sekali sudah bernikah. tetapi ia hanyalah minat saya dan sunat kerana ada ubat dalam inai tersebut. bahan semula jadi.. oleh itu, saya suka pakai inai...

hentikan spekulasi.. Ia hanyalah minat.. dari saya di bangku sekolah rendah saya suka pakai inai sampai sekarang. :)
suke tgk jari merah. hehe







kasut kenapa jadi begini??

saya seorang yang tak banyak aksesori. kalau saya ada sesuatu barang, saya akan pakai sampailah rosak. al maklum, kalau barang banyak ni nanti susah pulak nak simpan. Apatah lagi kalau ruang sempit. tambahan pula, membazir kalau membeli barang yang dah ada tapi beli lagi untuk spare ni sedangkan ada banyak lagi barang-barang penting lain yang perlu dibeli.

Al kisahnya barang yang slalu saya kena beli ialah sandal.. tak taula kenapa. dr zaman belajar sampaila zaman baru keje ni asyik kena beli sandal je. mudah sangat rosaknya. zaman belajar dulu, setiap semester tukar sandal. time sekarang dah kerja even worst. kadang2 baru 2-3 minggu sandal dah rosak.. adoii.. baru pikir nak menyimpan. lain pulak jadinya. terus lari bajet bulanan..huhu..

setelah menganalisis puncanya, saya mendapati mungkin kerana saya suka beli sandal yang murah yang memang nampak kualitinya kurang. actually tak murah pon. sangat mahal bagi saya. sandal saya berharga dalam lingkungan rm50-70. tapi sandal macam tu di kuala lumpur tu dh kira cikai2la. yang jenis material tak tahan. saya bukan penggemar sandal bertumit. sebab saya tak reti berjalan dengan kasut tumit dan bagi saya menyakitkan.. keselesaan lebih penting bagi saya walaupun sandal tersebut nampak macam untuk makcik2. huhu.. istilah yang biasa remaja gunakan.

punca kedua, mungkin kerana saya hanya memakai sandal itu sahaja setiap masa tanpa bertukar-tukar dengan sandal lain. bila terlalu kerap guna, durabilitynya juga pasti kurangkan? biar apa pun alasan.. saya tetap rasa sedih.. semalam sandal yang saya baru beli ketika raya ke-3 rosak juga.. harganya rm60 selepas diskaun. terpaksalah beli sandal baru lagi sedangkan syawal pon belum tamat lagi. ini bermakna belum sampai sebulan sudah rosak? aduhai sandal... kenapa cepat sangat rosak..

ada rakan mencadangkan saya beli sandal yang lebih mahal dari brand2 terkenal macam scholl, clark etc. harga lebih kurang 180++. tapi memang diketahui ketahanannya. namun... hati masih berbelah bahagi.. bukan apa, terlalu mahal pula untuk sepasang sandal yang hanya dipakai di kaki.


Lihatla sandal saya ni. sudah tercabut tapaknya. nak kata ganas.. saya tak ganas pon. penuh sopan santun. hehehe.. entahlah.. mungkin sudah suratan masanya telah tiba untuk memakai sandal baru pula..


sandal saya yang agak trendy ini. actually, bukanlah sebab rupanya saya beli. cuma selesa dipakai sebab melekat sepenuhnya pada kaki saya. Plus, xmenghasilkan bunyi pula tu. itu yang saya mahu.. horeyy.. =)


beginila jadinya bila dipakai oleh saya. nampak biasa-biasa sahaja.. mungkin selepas ini.. saya sudah tak memakai sandal ini lagi.. selamat tinggal sandal lama..


Ini pula sandal saya sebelum sandal gmbar sebelum ni. suka sangat sebab ada bunga tu. harga juga RM60 beli di SOGO. Malangnya, lekang jugak sandal ini. ayah dah belikan gam kuat. tetapi sekejap saja tercabut balik.. apa boleh buat...

semoga kasut saya yang baru dibeli semalam berwarna putih jenama larrie lebih tahan dan selesa. amin.. :)

28 September 2010

Bila kerja di bulan syawal...

salam.. sudah lama tak update blog ni. sabtu lepas saya dan rakan2 sekerja yang baru kerja ni ditugaskan memasak untuk open house jabatan peguam negara. division kami ditugaskan untuk menyediakan booth makanan yong tou fu. semua bahan sudah disediakan. cuma perlu gunting2, masak bebola2 dan tuang kuah dalam bekas plastik2 kecik2 untuk diberikan kepada semua tetamu. 

Seronok juga ramai2 bergotong-royong menyediakan juadah tersebut. kemudian dapat pula menikmati hidangan division2 lain. yang paling best satay dan kambing bakar. tapi memandangkan saya tak makan daging, saya tak tahu sedap ke tak. kawan-kawan bagi komen sedap. kawan saya siap bertambah 4 kali. barangkali sedap kerana 2 ekor kambing dibakar pagi itu. satay juga sedap. saya makan dengan banyaknya. huhu...

saya juga bergilir-gilir menjaga booth. bagi anak-anak kakitangan yang masih kecil tu, kami akan tolong mencedukkan makanan itu kepada mereka. alhamdulillah pada pukul 2 petang, segalanya selesai.. 

pada malam hari sabtu, saya bergegas pulang ke gombak. ada open house di rumah jiran tetangga. makanan di situ juga sedap. keesokan harinya, saya ke puchong pula open house di rumah kawan seuniversiti. malam itu, bermulalah perut meragam.. saya sangkakan saya seorang sahaja. rupanya teman2 di ofis keesokkan harinya turut mengalami masalah yang sama. bergilir-gilir kami ke toilet. pagi hari selasa ini semuanya kembali normal. tetapi ada makan-makan pula di division tempat saya berkerja. alhamdulillah makan free. paling sedap karipap. saya memang pengemar karipap sedap. huhu..



itulah yang terjadi bila bekerja di bulan syawal. sentiasa murah rezeki kerana ada sahaja open house di sana sini. alhamdulillah.. 


19 September 2010

di suatu hari ahad...

hari ini kami sekeluarga berkumpul di rumah kakak, anak kedua dalam keluarga kami. ada makan-makan pagi di sana. enak sungguh masakan kakak. menunya nasi lemak dan mee goreng bagi sesiapa yang tidak mahu makan nasi. tetapi kami semua semestinya makan kedua-duanya. saya gemar masakan kakak2 saya sebab sedap walaupun kadang-kala simple. mungkin orang muda ni banyak idea. masakan ditambah2 resepi dan cara sendiri. hasilnya? masakan yang sedap lagi menyelerakan terhasil. huhu... ataupun dari segi makanan, kami adik beradik mempunyai taste yang sama. itulah sebabnya terasa sedap sentiasa.

saya rasa bersyukur dilahirkan dalam keluarga saya. setelah pemergian arwah ibu pada oktober 2005 yang lalu, kakak-kakaklah terutamanya tempat saya meluahkan rasa setelah hilang tempat mengadu. Alhamdulillah mereka semuanya baik2 belaka walaupun semua telah berumahtangga. sememangnya hubungan adik beradik tu kekal sampai bila2. bak kata pepatah, air dicincang tidak akan putus. semoga hubungan mesra antara kami adik beradik iaitu kakak2, abang2 dan adik lelaki akan kekal sampai bila2.Amin...

esok saya sudah mula bekerja.. sedihnya.. saya mahu cuti lagi.. huhu... apa boleh buat.. apa pun, kerja itu juga satu ibadah. semoga lebih productive dan semangat dalam beribadah kepada Allah setiap hari.. amin.. :)

Muhasabah diri..

MasyaAllah.. apa yang saya dah lakukan hari ini? bermula dengan kegembiraan kerana kehadiran tetamu.. bersungguh2 memasak demi meraikan tetamu sempena hari raya ini. kemudian bertukar menjadi sebuah kesedihan apabila air mata mula mengalir.. dan seterusnya bila air mata terlalu lama gugur, ditenangkan pula oleh seseorang berhati mulia.walaupun 1 hari hanya mempunyai 24 jam, pelbagaian rangkaian emosi berlaku pada saya... MasyaAllah... wahai pemilik diri, lupakah kamu bahawa semua ini adalah ujianNya? dan ujian ini tidaklah hebat dibandingkan dengan insan2 lain. bersabarlah dan jangan dipengaruhi emosi.

Ketika saat saya diuji begini, fikiran akan berfikir kurang rasional. mulalah terfikir untuk balik ke rumah sewa dan tidak mahu pulang dalam jangka masa yang lama. wahai pemilik diri.. selama ini Allah dah banyak berikan kamu kegembiraan, kebahagiaan dan kesenangan. kenapa bila diuji sedikit, kamu mudah melatah, bersikap memberontak. tenanglah.. sesungguhnya kamu tidak tahu apa yang akan berlaku di masa depan. mungkin kamu juga akan menjadi seperti itu. ataupun apa yang dikatakan itu mungkin memberi kunci yang memberitahu apakah yang akan berlaku pada masa depan? sungguh, kamu manusia.. dan kamu tidak mengetahui..Sedangkan Allah mengetahui...

Wahai pemilik diri.. ketika bersedih..ingatlah.. dirimu milik siapa? jiwamu milik siapa? apa yang kamu ada ini hanyalah pinjaman. Oleh itu, turutilah apa yang disyariatkan oleh agama. jika disuruh taat, taatlah... selagi apa yang disuruh itu tidak melanggar syariat Tuhanmu.. Mahukah kamu hidup dalam kemurkaan Allah? pada siapakah kamu bergantung harap selama ini? Pastilah hanya pada Allah.. kerana hanya Allah yang Berkuasa. Sedangkan manusia langsung tidak berkuasa.Oleh itu, bersabarlah.. usah mengundang kemurkaan Allah..

Air mata... berhentilah mengalir. hati... bertenanglah. selagi dirimu sedaya upaya mempertahankan syariat Allah.. Usah gentar.. biar pun getir perjalananmu, ada ganjaran pahala menantimu.. Allah sedang melihatmu wahai pemilik diri. kerana hatimu, jiwamu, jasadmu... semuanya milik Yang Esa. Dia yang mempunyai hak ke atasmu. Oleh itu, berikanlah hak itu kepadaNya...

Wahai pemilik diri.. jadilah seorang gadis yang tabah.. sungguh kamu sedar. perjalanan hidupmu tidak pernah sunyi dari ujian.. bila kamu inginkan sesuatu, pasti Allah meletakkan ujian2Nya ke atasmu.. Usahlah bersedih.. bukankah itu tanda kasih sayang Allah kepadaMu?? tanpa ujian2 tersebut, adalah kamu akan mengenal erti menghargai? adalah kamu kenal erti berusaha, berdoa, berharap, bertawakal? Ya... Allah sedang mentarbiyahkanmu.. semoga kamu menjadi seorang hamba yang sentiasa taat, beriman dan bertaqwa kepadaNya..

Wahai pemilik diri.. muhasabahlah dirimu setiap malam.. semoga kamu sentiasa berazam memperbaiki diri. memenuhi cita2mu untuk menjadi seorang anak yang baik manakala untuk masa hadapan. isteri yang solehah dan ibu yang mithali. amin ya rabbal alamin~

13 September 2010

Demam oh demam...

running nose.. I am a person who quite often fell sick especially fever and running nose. I don't know why. maybe because of my eating habit? I eat less vitamins especially vitamin C  which cause I easily infected by viruses? oh.. how I wish I have a strong immune system. I don't like to fall sick because I will become less productive and my mood usually affected by it. besides. I also easily exhausted and sleepy. when I was ill, the first thing I need is a good sleep...  so then, I have to take a sleep. gudnite.. hopefully tomorrow I'll be better. amin...

Kita Sering Berubah-rubah

bila dikenang kembali, manusia ini memang mudah berubah-rubah. kenapa begitu? cuba kenang kembali sejarah silam kita... dari kecil hingga ke dewasa, bukankah kita sering berubah-rubah? mudahnya seperti saya sendiri. saya seorang yang manja ketika di tadika. ke sekolah pasti mahu berteman. kalau tidak, pasti saya akan menangis mahu pulang. maklumlah, menjadi anak bongsu ketika itu. adik saya hanya lahir ketika saya darjah dua. saya masih ingat, betapa manjanya saya di tadika. sehinggakan ketika di dalam bas sekolah untuk lawatan pun saya menangis tidak mahu pergi. Ini kerana saya teringat wajah ibu saya ketika di dalam bas. yang menjadi mangsa ialah kakak saya yang berada di darjah 4. dia pula terpaksa mengantikan tempat saya untuk lawatan tersebut. natijahnya, dia mengikuti lawatan dengan budak2 tadika! dia pula yang menjadi paling besar dalam kumpulan tersebut. hehehe..

Namun, ketika darjah 1, saya menjadi seorang yang berani. saya boleh pergi ke sekolah pada hari pertama tanpa ditemani ibu bapa seperti rakan sebaya yang lain. sejak usia 10 tahun, saya sudah berani naik bas leng seng atau intrakota untuk pulang ke rumah sendirian. almaklum, ketika itu jarak rumah saya dan sekolah boleh tahan jauh. sememangnya di sekolah itu, rumah sayalah paling jauh berbanding orang lain. ketika darjah 3,4 dan 5, saya tidak malu lagi untuk aktif dalam aktiviti sekolah. saya masuk pertandingan syair, bercerita peringkat zon, membaca sajak, berbahas, memberi syarahan, berlakon, menjawab soalan ketika perhimpunan sekolah, dan juga menjadi solo kumpulan nasyid sekolah. semua itu ketika sekolah rendah.

ketika di sekolah menengah pula, saya aktif dengan persatuan usahawan, menjadi jurujual koperasi sekolah, bertugas sebagai pengawas pusat sumber, menjadi pengawas skim pinjaman buku teks,ajk persatuan, ajk surau dan sebagainya. Begitu juga ketika di zaman universiti tetapi cumalah peringkat kolej kediaman bukan fakulti. di zaman universiti, saya boleh dikatakan agak kurang aktif melainkan di kolej kediaman. Ini kerana saya 'terpaksa' aktif di kolej kediaman untuk menaikkan peluang saya untuk tinggal di asrama.
Namun begitu, saya menjadi pendiam semula. kadang kala saya terfikir. mana hilangnya keberanian saya dahulu? kini saya berasa seperti saya seorang yang gemuruh bila bercakap di hadapan ramai orang. sedangkan dahulu saya boleh mengalun syair, memberi syarahan dan mendendangkan nasyid di hadapan ramai orang.

Apa penyebab kita berubah? pastilah persekitaran dan diri kita sendiri. pada saya, segala-galanya memerlukan latihan. mungkin sudah lama saya tidak bergiat aktif menyebabkan diri saya sudah tidak biasa untuk berdepan dengan ramai orang menyebabkan saya menjadi begini. oleh itu, apa yang saya perlu lakukan ialah yakin, berfikiran positif dan optimis terhadap sesuatu. nobody can change you unless you change yourself. teruskan usaha dari sekarang! :)

kereta idamanku...

cepat sungguh masa berlalu. hari ini dah hari ahad. syukurlah esok masih bercuti raya. bolehla berehat dan tidur lambat malam ahad ini. tengah hari tadi kakak kedua telah bertandang ke rumah bersama 3 orang anak saudara yang masih kecil. gembira juga dapat bersama mereka berjalan2 di ikea dan ikano power centre yang bertempat di damansara. kami sangkakan tidak ramai orang memandangkan masih ramai orang kl berada di kampung. rupanya sangkaan kami nyata meleset. sesak sungguh jalan menuju ke pusat perabot terbesar itu.

Inilah kali pertama saya keluar selama bercuti raya ini. sememangnya saya jarang keluar rumah. saya lebih selesa tinggal di rumah. melainkan ada urusan penting, barulah saya keluar rumah. selebihnya saya habiskan masa di rumah sahaja. tentu saja di rumah saya akan online. mencari bahan apa yang patut. baca akhbar juga online. mudah dan pantas. segalanya di jari anda.. hehe..

teruja seketika melihat pameran kereta terbaru keluaran ford iaitu kereta ford fiesta di perkarangan kompleks beli belah tersebut. cantik sungguh. harganya juga tidaklah semahal honda. jujur, saya mengidamkan kereta honda. paling murah pastilah honda city. tapi jenis honda yang diminati tidak lain dan tidak bukan honda civic atau jazz. melihat harganya yang mencecah ratusan ribu, angan2 sahajalah.. huhu...

kenapa saya sukakan kereta honda? pertamanya, saya seorang yang mementingkan penjimatan. nyata kereta honda sangat fuel efficient. terbukti dengan kata-kata pemilik kereta honda termasuklah ibu saya. bagi saya, itulah syarat utama memilih kereta. kedua, kereta honda juga ringan dan mudah dibawa. sangat selesa dan catch up ketika menaiki bukit. tidak seperti kereta-kereta tempatan yang lain. mungkin sesuai juga dengan harganya yang mahal itu. Selain itu, bentuk dan rekaannya juga menarik. ohh.. betapa saya impikan honda jazz. tapi terlalu mahal pula. honda jazz pada saya sangat sporty dan sesuai untuk perempuan. ia tidak panjang di bahagian belakang dan memang sangat menarik.

tetapi pandangan saya beralih arah pada kereta ford fiesta tadi. pertamanya rekaannya seakan2 honda jazz. kedua, harganya jauh lebih murah. sekitar RM82,000. masih agak mahal bagi pekerja baru seperti saya. tetapi dengan reka bentuk seperti honda jazz yang berharga ratusan ribu, bukankah lebih baik memilih ford fiesta ini? saya tidak pasti pada penjimatan minyaknya. tetapi  menurut katalog, seperti honda juga fuel consumptionnya. ini bererti kereta tersebut juga jimat minyak!! sedikit teruja di situ. hehe..

mungkin di masa hadapan saya akan membeli kereta ford fiesta ini. buat masa sekarang, saya harusla berjimat cermat memandangkan pendapatan dan perbelanjaan belum lagi stabil. mungkin setelah sedikit stabil di masa hadapan, saya akan fikirkan semula? insyaAllah... sekarang masa untuk fokus kepada kerjaya dan perancangan hidup. segala-galanya bermula dari zaman muda. ketika badan masih cergas dan kuat, saya akan manfaatkan sebaik-baiknya. semoga impian untuk mempunyai kereta idaman yang baru (bukan lagi second hand) akan termakbul. amin.... :)

12 September 2010

Siapakah Untukku Ya Rabb??

Teringat kembali zaman persekolahan di MRSM dulu. Ketika itu, sedang berbual dengan teman baik. memang sangat rapat. Hampir setiap malam kami akan berkongsi cerita. pernah satu ketika kawan saya itu bertanya pada saya. " hang (awak dalam bahasa utara) nak kahwin umur berapa?". saya dengan senang lenangnya menjawab umur 22. kawan saya itu sangat terkejut. katanya sangat muda. Kalau dikira, umur begitu masih belum tamat belajar di Universiti sekiranya bidang diambil memakan masa 4 tahun. Namun, saya terus konfident menjawab tanpa berfikir panjang.

Tahun ini, saya sudah pun 24 tahun dan baru sahaja menamatkan ijazah sarjana muda saya. seperti dahulu juga, saya masih belum berkahwin. Sebaliknya, kawan saya yang terkejut tu yang berkahwin pada usia 22 tahun. sangat kelakar bila teringatkan perbualan kami dulu. benarlah dunia ini tidak boleh dijangka. mungkin hari ini kita berkata sesuatu, kemudian esoknya perkara tersebut boleh terjadi kepada diri kita pula.

Di sini saya ingin memberi sedikit nasihat. tiada kaitan dengan cerita di atas. cumalah nasihat saya kepada sesiapa yang sudi membaca termasuklah diri saya sendiri. Inilah kepentingan menjaga tutur kata. jangan sesekali berlagak sombong, riak atau takabbur. Bila kita sombong, bila-bila masa Allah boleh uji kita dengan mendatangkan dugaan-dugaanNya. Dugaan-dugaan tersebut juga tanda peringatan dan kasih Allah kepada kita.

Jangan sesekali kita berkata, "saya takkan buat macam tu! mustahil sangat2!tak mungkin!!" Kemudian datanglah ujian Allah SWT. Adakah kita benar2 boleh berpegang pada janji yang tidak akan melakukan perkara tersebut? Mampukah kita melawan dugaan Allah seperti mana yang kita kata mustahil itu? Sesungguhnya tiada yang mustahil pada Allah. Oleh itu, sentiasa bersederhanalah.. seperti anjuran Rasulullah SAW, kita haruslah bersederhana dalam setiap tindakan kita. ini termasuklah ucapan-ucapan kita. Jangan sesekali bongkak, sombong dan keterlaluan dalam tutur kata kita. kerana kita tidak tahu bila kita diuji dan adakah kita mampu menghadapi ujian tersebut. Semoga kita semua dijauhi dari sifat2 mazmumah tersebut...

Berbalik kepada cerita kawan saya tadi. saya sangat gembira melihat dia bahagia. begitu juga dengan sahabat-sahabat yang lain. Semoga perkahwinan yang sah itu kekal hingga ke syurga.. dan doakan semoga saya bertemu dengan pemilik hatiku selepas Allah dan Rasul.. InsyaAllah.. =)

mixed of feeling...

Pernah rasa tak perasaan tak pasti dalam menentukan halatuju? dalam hidup kita, mmg penuh persimpangan. contohnya bila kita ada pilihan, yang mana satu nak ikut? yang mana satu nak pilih? yang pasti, there is no turning back... once you are here, you cannot be there.. pasti ada keputusan yang muktamad. dan keputusan itu bakal merubah kehidupan kita pada masa akan datang..

setiap dari kita pasti mahukan yang terbaik. dari semua segi. apatah lagi yang melibatkan kehidupan pada masa depan. Kerana kita semua tidak pasti apa yang tertulis dan tersurat pada kita pada masa hadapan. Bagaimana? Bagaimana kalau kita tersilap langkah? Sungguh berat bila perkara tersebut terjadi bukan? the only solution yang kita ada ialah kembali kepada Pencipta kita. Hanya Allah yang mengetahui.. oleh itu, jangan putus-putus berdoa.. :) semoga kita dapat pertunjuk dariNya....

Aidilfitriku pada tahun 2010

Yup.. arini dh 2nd day hari raya aidilfitri.. raya tahun ni agak berbeza sebab saya dah kerja. before this menjadi pelajar dari tadika ke sekolah then masuk Universiti. Orang dok bagi duit raya kat saya. sekarang ni sayala kena bagi duit raya kat orang. huhu.. Alhamdulillah jihad saya dalam menuntut ilmu formal telah membuahkan hasil. InsyaAllah bulan november 2010 ni saya akan bergraduasi buat kali kedua untuk ijazah sarjana muda(profesional). tahun 2009 dah graduate dah(sarjana muda biasa). cuma time tu final exam esok paginya. bayangkan betapa kelam kabutnya saya. tak sempat nak tangkap gambar. majlis konvonye dahla petang. esok pagi pukul 8.30 dah exam subject tough lak tu. criminal procedure code. stadi sambil bau bunga kat tepi meja. hehe.. Namun itu semua kenangan.. bersyukur sangat sepanjang saya belajar, Allah permudahkan urusan saya.. Semua ini bukan dari saya tetapi rezeki dari Allah..

Tipula kalau saya kata saya tidak pernah diuji dalam menuntut ilmu. sangat banyak sebenarnya.. tapi apa yang pasti, semakin kuat Allah uji. semakin banyaklah saya akan berdoa.. dan Allah tidak pernah menghampakan doa2 saya.. betapa saya bersyukur.. tetapi sebenarnya ujian Allah tu membuatkan saya terpikir. betapa kerdilnya diri saya ini. saya tak mampu berjaya tanpa bantuan Allah... Oleh itu, bila saya berada di atas, saya akan sentiasa teringat zaman2 di bawah saya. Ini menyebabkan saya langsung tidak pernah rasa bangga jauh sekali nak mendabik dada pada kejayaan saya. Sesungguhnya saya takut pada pujian.. Sebab saya tau saya tidak pernah menjadi yang terbaik.

Apa yang saya ada hinggalah ke saat ini, semuanya bukan milik saya. tetapi milik Allah SWT. Pujian itu bukanlah patut ditujukan pada saya, sebaliknya Pemilik Jiwa saya iaitu Allah SWT. Sebagai tanda syukur, lafaz Alhamdulillah harusla sentiasa diungkap oleh kita.. Sejujurnya saya sentiasa rasa tidak layak di atas semua kurniaan Allah pada saya. Atas semua kurnia Allah SWT pada kita yang tak terkira dan tak ternilai harganya ini, cukupkah ibadah kita padaNya? adakah kita tidak pernah melakukan dosa? adakah kita sentiasa mengingatiNya? pasti jawapannya 'TIDAK' bukan?.. Marilah kita bermuhasabah diri dan sentiasa bersyukur atas nikmat yang diberi. Semoga Allah mengurniakan lebih banyak rezekiNya kepada kita semua.. Amin...

06 September 2010

mukaddimah

salam.. setelah lama, barula ada keinginan nak buat blog sendiri. selama ni saya dok baca blog orang je. bukan apa. takot tak sempat nak manage blog sendiri. tp dok update facebook je. saya rasa inilah masa yg seswai untuk saya buat blog sendiri.. bukan untuk apa tapi untuk kepuasan diri sendiri. bak kata orang, diary zaman moden! hehe.. sebagai org baru, memang banyaklah kena explore sendiri web ni. semoga blog saya ini akan memberi manfaat kepada semua dan diri saya sendiri.. InsyaAllah.. :) salam ukhwah...