19 September 2010

di suatu hari ahad...

hari ini kami sekeluarga berkumpul di rumah kakak, anak kedua dalam keluarga kami. ada makan-makan pagi di sana. enak sungguh masakan kakak. menunya nasi lemak dan mee goreng bagi sesiapa yang tidak mahu makan nasi. tetapi kami semua semestinya makan kedua-duanya. saya gemar masakan kakak2 saya sebab sedap walaupun kadang-kala simple. mungkin orang muda ni banyak idea. masakan ditambah2 resepi dan cara sendiri. hasilnya? masakan yang sedap lagi menyelerakan terhasil. huhu... ataupun dari segi makanan, kami adik beradik mempunyai taste yang sama. itulah sebabnya terasa sedap sentiasa.

saya rasa bersyukur dilahirkan dalam keluarga saya. setelah pemergian arwah ibu pada oktober 2005 yang lalu, kakak-kakaklah terutamanya tempat saya meluahkan rasa setelah hilang tempat mengadu. Alhamdulillah mereka semuanya baik2 belaka walaupun semua telah berumahtangga. sememangnya hubungan adik beradik tu kekal sampai bila2. bak kata pepatah, air dicincang tidak akan putus. semoga hubungan mesra antara kami adik beradik iaitu kakak2, abang2 dan adik lelaki akan kekal sampai bila2.Amin...

esok saya sudah mula bekerja.. sedihnya.. saya mahu cuti lagi.. huhu... apa boleh buat.. apa pun, kerja itu juga satu ibadah. semoga lebih productive dan semangat dalam beribadah kepada Allah setiap hari.. amin.. :)

3 comments:

  1. Dan saya juga masih mengingati mak saudara tersayang...
    semoga nurul tabah krn kita sama-sama mengerti makna sebuah kehilangan...
    Allah sedang menguji iman kita,Allah sedang berbicara dengan kita..itu tanda kasih cinta-Nya...

    ReplyDelete
  2. Juga,salam eidmubarak 1431H dari usrah saya....Najmuddin,Nik Shikin,Najmie...juga dr abah(ayah long) di kelantan buat nurul adik-beradik......

    ReplyDelete
  3. dear kazen nik shikin,

    sori dh lama tak buka blog ni. br perasan komen ni.

    syukran atas kata-kata semangat yang diberikan. yup betol tu. kita kena sentiasa tabah n redha. sbb sememangnya dunia yg sementara ini hanyalah tempat ujian semata-mata bg org beriman.

    selamat hari raya juga buat kazen sekeluarga dan ayah long. dah lama tak jumpa. :) nnti dtg KL singgah2 la rumah ye.. :)

    ReplyDelete