19 September 2010

Muhasabah diri..

MasyaAllah.. apa yang saya dah lakukan hari ini? bermula dengan kegembiraan kerana kehadiran tetamu.. bersungguh2 memasak demi meraikan tetamu sempena hari raya ini. kemudian bertukar menjadi sebuah kesedihan apabila air mata mula mengalir.. dan seterusnya bila air mata terlalu lama gugur, ditenangkan pula oleh seseorang berhati mulia.walaupun 1 hari hanya mempunyai 24 jam, pelbagaian rangkaian emosi berlaku pada saya... MasyaAllah... wahai pemilik diri, lupakah kamu bahawa semua ini adalah ujianNya? dan ujian ini tidaklah hebat dibandingkan dengan insan2 lain. bersabarlah dan jangan dipengaruhi emosi.

Ketika saat saya diuji begini, fikiran akan berfikir kurang rasional. mulalah terfikir untuk balik ke rumah sewa dan tidak mahu pulang dalam jangka masa yang lama. wahai pemilik diri.. selama ini Allah dah banyak berikan kamu kegembiraan, kebahagiaan dan kesenangan. kenapa bila diuji sedikit, kamu mudah melatah, bersikap memberontak. tenanglah.. sesungguhnya kamu tidak tahu apa yang akan berlaku di masa depan. mungkin kamu juga akan menjadi seperti itu. ataupun apa yang dikatakan itu mungkin memberi kunci yang memberitahu apakah yang akan berlaku pada masa depan? sungguh, kamu manusia.. dan kamu tidak mengetahui..Sedangkan Allah mengetahui...

Wahai pemilik diri.. ketika bersedih..ingatlah.. dirimu milik siapa? jiwamu milik siapa? apa yang kamu ada ini hanyalah pinjaman. Oleh itu, turutilah apa yang disyariatkan oleh agama. jika disuruh taat, taatlah... selagi apa yang disuruh itu tidak melanggar syariat Tuhanmu.. Mahukah kamu hidup dalam kemurkaan Allah? pada siapakah kamu bergantung harap selama ini? Pastilah hanya pada Allah.. kerana hanya Allah yang Berkuasa. Sedangkan manusia langsung tidak berkuasa.Oleh itu, bersabarlah.. usah mengundang kemurkaan Allah..

Air mata... berhentilah mengalir. hati... bertenanglah. selagi dirimu sedaya upaya mempertahankan syariat Allah.. Usah gentar.. biar pun getir perjalananmu, ada ganjaran pahala menantimu.. Allah sedang melihatmu wahai pemilik diri. kerana hatimu, jiwamu, jasadmu... semuanya milik Yang Esa. Dia yang mempunyai hak ke atasmu. Oleh itu, berikanlah hak itu kepadaNya...

Wahai pemilik diri.. jadilah seorang gadis yang tabah.. sungguh kamu sedar. perjalanan hidupmu tidak pernah sunyi dari ujian.. bila kamu inginkan sesuatu, pasti Allah meletakkan ujian2Nya ke atasmu.. Usahlah bersedih.. bukankah itu tanda kasih sayang Allah kepadaMu?? tanpa ujian2 tersebut, adalah kamu akan mengenal erti menghargai? adalah kamu kenal erti berusaha, berdoa, berharap, bertawakal? Ya... Allah sedang mentarbiyahkanmu.. semoga kamu menjadi seorang hamba yang sentiasa taat, beriman dan bertaqwa kepadaNya..

Wahai pemilik diri.. muhasabahlah dirimu setiap malam.. semoga kamu sentiasa berazam memperbaiki diri. memenuhi cita2mu untuk menjadi seorang anak yang baik manakala untuk masa hadapan. isteri yang solehah dan ibu yang mithali. amin ya rabbal alamin~

No comments:

Post a Comment