13 September 2010

kereta idamanku...

cepat sungguh masa berlalu. hari ini dah hari ahad. syukurlah esok masih bercuti raya. bolehla berehat dan tidur lambat malam ahad ini. tengah hari tadi kakak kedua telah bertandang ke rumah bersama 3 orang anak saudara yang masih kecil. gembira juga dapat bersama mereka berjalan2 di ikea dan ikano power centre yang bertempat di damansara. kami sangkakan tidak ramai orang memandangkan masih ramai orang kl berada di kampung. rupanya sangkaan kami nyata meleset. sesak sungguh jalan menuju ke pusat perabot terbesar itu.

Inilah kali pertama saya keluar selama bercuti raya ini. sememangnya saya jarang keluar rumah. saya lebih selesa tinggal di rumah. melainkan ada urusan penting, barulah saya keluar rumah. selebihnya saya habiskan masa di rumah sahaja. tentu saja di rumah saya akan online. mencari bahan apa yang patut. baca akhbar juga online. mudah dan pantas. segalanya di jari anda.. hehe..

teruja seketika melihat pameran kereta terbaru keluaran ford iaitu kereta ford fiesta di perkarangan kompleks beli belah tersebut. cantik sungguh. harganya juga tidaklah semahal honda. jujur, saya mengidamkan kereta honda. paling murah pastilah honda city. tapi jenis honda yang diminati tidak lain dan tidak bukan honda civic atau jazz. melihat harganya yang mencecah ratusan ribu, angan2 sahajalah.. huhu...

kenapa saya sukakan kereta honda? pertamanya, saya seorang yang mementingkan penjimatan. nyata kereta honda sangat fuel efficient. terbukti dengan kata-kata pemilik kereta honda termasuklah ibu saya. bagi saya, itulah syarat utama memilih kereta. kedua, kereta honda juga ringan dan mudah dibawa. sangat selesa dan catch up ketika menaiki bukit. tidak seperti kereta-kereta tempatan yang lain. mungkin sesuai juga dengan harganya yang mahal itu. Selain itu, bentuk dan rekaannya juga menarik. ohh.. betapa saya impikan honda jazz. tapi terlalu mahal pula. honda jazz pada saya sangat sporty dan sesuai untuk perempuan. ia tidak panjang di bahagian belakang dan memang sangat menarik.

tetapi pandangan saya beralih arah pada kereta ford fiesta tadi. pertamanya rekaannya seakan2 honda jazz. kedua, harganya jauh lebih murah. sekitar RM82,000. masih agak mahal bagi pekerja baru seperti saya. tetapi dengan reka bentuk seperti honda jazz yang berharga ratusan ribu, bukankah lebih baik memilih ford fiesta ini? saya tidak pasti pada penjimatan minyaknya. tetapi  menurut katalog, seperti honda juga fuel consumptionnya. ini bererti kereta tersebut juga jimat minyak!! sedikit teruja di situ. hehe..

mungkin di masa hadapan saya akan membeli kereta ford fiesta ini. buat masa sekarang, saya harusla berjimat cermat memandangkan pendapatan dan perbelanjaan belum lagi stabil. mungkin setelah sedikit stabil di masa hadapan, saya akan fikirkan semula? insyaAllah... sekarang masa untuk fokus kepada kerjaya dan perancangan hidup. segala-galanya bermula dari zaman muda. ketika badan masih cergas dan kuat, saya akan manfaatkan sebaik-baiknya. semoga impian untuk mempunyai kereta idaman yang baru (bukan lagi second hand) akan termakbul. amin.... :)

6 comments:

  1. suzuki swift pun sesuai jgk utk ladies. amat jimat minyak. saya sebenarnya dah hampir beli ford focus sedan, tapi tak jadi sebab dinasihatkan oleh abg. ford resale value nya amat rendah.spare parts pula mahal. so, go for swift or honda. tapi kalu nak safety since u travelling withing high crime rates area, SUV mcm CRV should come into consideration.

    ReplyDelete
  2. TQ abg syah for the info.cmne lak pendapat abg syah pasal keta suzuki alto? tp ada org ckp terlalu kecik. swift agak mahal utk kereta sekecil itu. huhu..

    ReplyDelete
  3. Saya x boleh bagi komen pasal alto, sbb x pernah cuba pandu dan takde kenalan yg bagi review diorg. tp mmg kecik la kereta tu. swift pun kecil, tapi sesuai lah utk yg belum berkeluarga dan inginkan performance. Abg saya (yg memandu BMW) pernah cuba pandu swift kawan dia, dan bgtau saya its a fun car to drive. performance nya seakan mini cooper, dgn harga yg mampu milik. tapi, kalau nurul nak pakai kereta perodua, bagitau saya, abg saya manager perodua di terengganu, boleh saya aturkan.

    ReplyDelete
  4. wah.. adakah ada diskaun utk keta produa?
    nape abg syah tak beli keta myvi ke. myvi kan ok? saya suke kelisa. kenapa perodua stopkn pengeluarannya yek?
    saya mmg nak bertukar keta insyaAllah.. tapi byk benda kena fikirkan. terutamanya byrn pnjmn bulanan.msti mahal...

    ReplyDelete
  5. beli je ford fiesta...memang terbaik!dah beli nanti jgn lupe contact saye untuk join official club fiesta malaysia,,,,,,

    ReplyDelete
  6. oh ye,,,kalau rase nk cpt skit pkai fiesta...add fb saye persie_mania@yahoo.com....maybe leh kongsi cara

    ReplyDelete