12 September 2010

Siapakah Untukku Ya Rabb??

Teringat kembali zaman persekolahan di MRSM dulu. Ketika itu, sedang berbual dengan teman baik. memang sangat rapat. Hampir setiap malam kami akan berkongsi cerita. pernah satu ketika kawan saya itu bertanya pada saya. " hang (awak dalam bahasa utara) nak kahwin umur berapa?". saya dengan senang lenangnya menjawab umur 22. kawan saya itu sangat terkejut. katanya sangat muda. Kalau dikira, umur begitu masih belum tamat belajar di Universiti sekiranya bidang diambil memakan masa 4 tahun. Namun, saya terus konfident menjawab tanpa berfikir panjang.

Tahun ini, saya sudah pun 24 tahun dan baru sahaja menamatkan ijazah sarjana muda saya. seperti dahulu juga, saya masih belum berkahwin. Sebaliknya, kawan saya yang terkejut tu yang berkahwin pada usia 22 tahun. sangat kelakar bila teringatkan perbualan kami dulu. benarlah dunia ini tidak boleh dijangka. mungkin hari ini kita berkata sesuatu, kemudian esoknya perkara tersebut boleh terjadi kepada diri kita pula.

Di sini saya ingin memberi sedikit nasihat. tiada kaitan dengan cerita di atas. cumalah nasihat saya kepada sesiapa yang sudi membaca termasuklah diri saya sendiri. Inilah kepentingan menjaga tutur kata. jangan sesekali berlagak sombong, riak atau takabbur. Bila kita sombong, bila-bila masa Allah boleh uji kita dengan mendatangkan dugaan-dugaanNya. Dugaan-dugaan tersebut juga tanda peringatan dan kasih Allah kepada kita.

Jangan sesekali kita berkata, "saya takkan buat macam tu! mustahil sangat2!tak mungkin!!" Kemudian datanglah ujian Allah SWT. Adakah kita benar2 boleh berpegang pada janji yang tidak akan melakukan perkara tersebut? Mampukah kita melawan dugaan Allah seperti mana yang kita kata mustahil itu? Sesungguhnya tiada yang mustahil pada Allah. Oleh itu, sentiasa bersederhanalah.. seperti anjuran Rasulullah SAW, kita haruslah bersederhana dalam setiap tindakan kita. ini termasuklah ucapan-ucapan kita. Jangan sesekali bongkak, sombong dan keterlaluan dalam tutur kata kita. kerana kita tidak tahu bila kita diuji dan adakah kita mampu menghadapi ujian tersebut. Semoga kita semua dijauhi dari sifat2 mazmumah tersebut...

Berbalik kepada cerita kawan saya tadi. saya sangat gembira melihat dia bahagia. begitu juga dengan sahabat-sahabat yang lain. Semoga perkahwinan yang sah itu kekal hingga ke syurga.. dan doakan semoga saya bertemu dengan pemilik hatiku selepas Allah dan Rasul.. InsyaAllah.. =)

No comments:

Post a Comment