13 September 2010

Kita Sering Berubah-rubah

bila dikenang kembali, manusia ini memang mudah berubah-rubah. kenapa begitu? cuba kenang kembali sejarah silam kita... dari kecil hingga ke dewasa, bukankah kita sering berubah-rubah? mudahnya seperti saya sendiri. saya seorang yang manja ketika di tadika. ke sekolah pasti mahu berteman. kalau tidak, pasti saya akan menangis mahu pulang. maklumlah, menjadi anak bongsu ketika itu. adik saya hanya lahir ketika saya darjah dua. saya masih ingat, betapa manjanya saya di tadika. sehinggakan ketika di dalam bas sekolah untuk lawatan pun saya menangis tidak mahu pergi. Ini kerana saya teringat wajah ibu saya ketika di dalam bas. yang menjadi mangsa ialah kakak saya yang berada di darjah 4. dia pula terpaksa mengantikan tempat saya untuk lawatan tersebut. natijahnya, dia mengikuti lawatan dengan budak2 tadika! dia pula yang menjadi paling besar dalam kumpulan tersebut. hehehe..

Namun, ketika darjah 1, saya menjadi seorang yang berani. saya boleh pergi ke sekolah pada hari pertama tanpa ditemani ibu bapa seperti rakan sebaya yang lain. sejak usia 10 tahun, saya sudah berani naik bas leng seng atau intrakota untuk pulang ke rumah sendirian. almaklum, ketika itu jarak rumah saya dan sekolah boleh tahan jauh. sememangnya di sekolah itu, rumah sayalah paling jauh berbanding orang lain. ketika darjah 3,4 dan 5, saya tidak malu lagi untuk aktif dalam aktiviti sekolah. saya masuk pertandingan syair, bercerita peringkat zon, membaca sajak, berbahas, memberi syarahan, berlakon, menjawab soalan ketika perhimpunan sekolah, dan juga menjadi solo kumpulan nasyid sekolah. semua itu ketika sekolah rendah.

ketika di sekolah menengah pula, saya aktif dengan persatuan usahawan, menjadi jurujual koperasi sekolah, bertugas sebagai pengawas pusat sumber, menjadi pengawas skim pinjaman buku teks,ajk persatuan, ajk surau dan sebagainya. Begitu juga ketika di zaman universiti tetapi cumalah peringkat kolej kediaman bukan fakulti. di zaman universiti, saya boleh dikatakan agak kurang aktif melainkan di kolej kediaman. Ini kerana saya 'terpaksa' aktif di kolej kediaman untuk menaikkan peluang saya untuk tinggal di asrama.
Namun begitu, saya menjadi pendiam semula. kadang kala saya terfikir. mana hilangnya keberanian saya dahulu? kini saya berasa seperti saya seorang yang gemuruh bila bercakap di hadapan ramai orang. sedangkan dahulu saya boleh mengalun syair, memberi syarahan dan mendendangkan nasyid di hadapan ramai orang.

Apa penyebab kita berubah? pastilah persekitaran dan diri kita sendiri. pada saya, segala-galanya memerlukan latihan. mungkin sudah lama saya tidak bergiat aktif menyebabkan diri saya sudah tidak biasa untuk berdepan dengan ramai orang menyebabkan saya menjadi begini. oleh itu, apa yang saya perlu lakukan ialah yakin, berfikiran positif dan optimis terhadap sesuatu. nobody can change you unless you change yourself. teruskan usaha dari sekarang! :)

3 comments:

  1. nurul sgt aktif time skolah...ske..hehe

    ReplyDelete
  2. sbb nurul yg dulu lebih hepi n bertenaga dlm kehidupan :)

    ReplyDelete