04 September 2011

the man that I love after Allah n Rasul..

DIA...
ALLAH TAKDIRKAN UNTUK MENIKAHI SAYA PADA 28 MAY 2011
DIA...
ALLAH TAKDIRKAN UNTUK MENJADI IMAM DAN PEMBIMBING SAYA
DIA...
ALLAH TAKDIRKAN UNTUK MENJADI PENEMAN HIDUP SAYA INSYAALLAH FIL DUNIA WAL AKHIRAT
DIA...
ADALAH SUAMI SAYA

THANK YOU ALLAH.. ALHAMDULILLAH..

pada tanggal 28 may 2011 di gombak jam 10 pagi, saya sah menjadi isteri seorang lelaki yang bernama suami.. saya tak mengenali dia.. dia tidak mengenali saya.. tiada istilah dating mahupun keluar bersama.. tiada istilah bercinta, bermesra bersayang-sayang..
 
menyoroti perkenalan kami.. hanya biasa-biasa sahaja.. dia datang ke rumah bersama ibu dan ayahnya untuk melihat saya. dan kedua ibu bapa kami merestui.. kemudian kami bertunang sebulan selepas itu dan kemudian berkahwin.. saya masih ingat lagi.. saya bersama ibu bapa datang ke rumahnya untuk menziarahi dan untuk menetapkan kembali tarikh pernikahan.. kerana saya rasakan terlalu cepat.. tetapi apa yang jadi? tarikh menjadi semakin cepat.. kuasa Tuhan.. mungkin sudah jodoh.. dan berkahwinlah kami...
alhamdulillah.. semoga kebahagiaan ini terus kekal.. aminnn...

dan kini saya dan dia sedang dalam proses pengenalan.. cinta selepas nikah. itulah yang kami inginkan.. saya bertuah.. kerana memiliki suami seperti dia.. semoga dia juga merasakan yang sama.. dia mungkin tidak tahu kewujudan blog saya ini.. saya ingin mencatatkan semua ini sebagai kenangan.. yang tak mungkin dilupakan..semakin banyak pengorbanan dia pada saya, semakin bertambah rasa itu.. :) uhibbunakum kahubbillah.. wallazhi naamanu asyaddu hubbanlillah..

No comments:

Post a Comment