04 September 2011

di suatu malam di bulan ramadhan...

jam 4.30 pagi tanggal 4 ogos 2011... telefon berdering tanda sudah tiba masanya untuk bersahur...
 lantas menuju ke toilet.. teringat test strip yang dibeli semalam di farmasi. sengaja ingin mencuba. almaklum..benda baru.. pastila mahu dicuba.. 2 garisan.. hah??

"abang, bangun sahur.." ujar si isteri.. "emm.. ok2.." balas suami sambil duduk dr pembaringan.. " abg, syg pregnant.." si isteri bersuara perlahan.. " hah?" mata suami terkebil2.. lantas bangun berdiri tegak. "syg jangan main-main. ni benda serius" balas suami tidak percaya.. " betul.. syg tak main2. tgk ni" ujar si isteri sambil penghulurkan test strips. benar dua garisan. kedua2nya tergamam.. diam seketika.. tidak pasti apa mahu dibuat.. lantas terus turun bersahur..

5 ogos... isteri masih tidak percaya..ketika waktu rehat, si isteri menuju ke farmasi.. membeli alat ujian yang lebih mahal. 99.9% tepat katanya pada kotak.. dengan jawapan digital. di pejabat, isteri mencuba. kali ini jelas "pregnancy 3+".. dan dia lebih yakin...

malam itu, si isteri mengambil suaminya di hospital dan singgah sebentar di jabatan OnG utk scan. mujur kwn suami bertugas malam itu, scan dijalankan. jelas, si isteri pregnant 6 minggu.. terkejut? pasti.. tak terjangka.. terlalu cepat.. sebelum ini si suami dan isteri tinggal berjauhan dan baru sahaja mendirikan rumah tangga.. keadaan ekonomi juga tidak stabil.. namun, berbekalkan janji Allah.. setiap anak itu membawa rezeki, mereka bersyukur.. semoga anak ini bakal menjadi anak yang soleh pada agama, sihat, cerdik dan menjadi ketua org2 mukmin suatu ari nanti.. aminnn...

No comments:

Post a Comment